Wednesday 25 February 2015

Dreamcatcher Bab 9 mai dahhh...

BAB 9


Jebat diusapnya lembut. Kenyang agaknya kucing ini. Tidur terbungkang macam Imran. Khalid tergelak sendiri. Dia melunjurkan kaki, lama dan panjang. Dalam kesibukan beberapa minggu ini, tiada kesempatan untuk dia masuk gym. Syukurlah, sekurang-kurangnya semua benda settle. Huh, belum sempat lagi dia berterima kasih pada Yusri dan Azfar yang berusaha sehabis daya.
“Im, oi...Im...masuk tidur dalam la.” Tangannya menggoncang bahu Imran yang tidak berbaju, hanya berkain pelikat. Yang si kucing oren itu pula, masih juga kaku terlena dicelah kangkang si Imran. Haru betul dua makhluk ini.
“Im, bangunlah tidur kat dalam. Takkan kau nak terbungkang kat sini...” Kali ini kuat jadi suaranya. Jebat menggeliat, bangun lalu kembali tidur. Khalid tergelak. Ingatkan nak bangun, tidur balik.
“Abang Im, mak tuk datang!”
Serius, Khalid ketawa kuat. Selepas saja Amni menutur kata, tercegat si Imran bagai ada suis automatik.
“Mana? Mana?” Dia menguap, memandang sekeliling. Mana mak tuk? Jangan, cubit semut mak tuk sakit wooo...
“Masuk tidur dalamlah...mana,mana...lepuk kang,”marah Amni sedikit serius.
“Yalah...tidur pun kacau. Meh Jebat, tidur dalam. Nanti dengan kau sekali mak tuk cubit.” Imran mendukung Jebat yang lembut melentuk, mengheret kaki masuk ke bilik. Dahlah tu, kain pelekat pun senget, nasib baik tak tercabut. Mengarut betul.
Khalid menggelengkan kepala. Begitu rupanya kalau mahu kejutkan si Imran, kacang je. Kenapa takut sangat Imran dengan mak tuk. Dia tengok nenek si Imran tu sangat lemah lembut, senyum sentiasa. Tak kan kena dera masa kecik kot?
Amni menuju ke dapur. Dahaga betul malam ini. Tadi sewaktu lelap, hanya kipas yang berpusing. Lupa dia untuk memetik suis penghawa dingin. Mahu hujan ke?
“Kenapa tak tidur lagi?”
Erkk...kena jawab ke ni? “Dahaga. Panas malam ni, nak hujan kot.” Eh, panjang pula jawapannya. Cepat-cepat dia ke dapur. Bila dia kembali, Khalid sudah tiada di sofa. Amni menelan liur. Sudah masuk bilikkah? Adoi...buat macam biasa. Buat macam biasa, Amni. Dia menguak daun pintu, perlahan dan tertib. Lampu dah padam, aircond dah buka. Tinggal cahaya night lamp saja yang samar-samar. Amni kembali menutup pintu, perlahan dan berhati-hati.
“Kenapa masuk macam pencuri ni?”
Opah ganyang kau! Terkejut dia. Ingatkan dah tidur, hidup lagi rupanya. “Tak mau kacau abang tidur. Sorry...”
Khalid bangun, menyandar pada kepala katil. Dalam samar-samar cahaya, dia melihat Amni merebahkan diri disebelah bantal golek. “Kenapa datang rumah ummi tak ajak abang? Tak beritahu abang?”
Terkebil-kebil sebentar. Amni menarik nafas, memalingkan tubuh mengadap ruang bilik. Semutar dia mahu berfikir. “Am ingatkan mahu singgah sekejap saja, tak nak susahkan abang. Rindu ummi.”
“Bukan sebab mahu mengadu, membuka kisah kita?”soal Khalid perlahan.
What?! Terlopong dia. Masha Allah, itukah yang difikirkan Khalid. Patutlah beria benar Khalid mahu datang, bimbang jika dia mengadu domba pada ummi, pada semua. Ya Allah...
“Itu tujuan Am,kan?”
Dia diam. Tangannya dikepal dibawah selimut. Begitu. Begitu rupanya anggapan Khalid padanya.
“Am, abang tanya...abang mahu tahu, apa niat Am balik ke sini. Susah sangat ke?”
Fine. He want an answer, I will give him one. “Am balik sini sebab Am rindu. Am rindu ummi, Am rindu abi. Am rindu kasih sayang mereka. Am baru balik semenanjung, tak sampai dua bulan.,bang. Takdir Allah, Am disatukan dengan abang. Am terima. Am nak abang faham, selama ni, Am jauh dari keluarga. Masa sekolah, di asrama. Sambung belajar, juga di hostel. Kerja, nun di Sarawak...”
Katanya terhenti. Terketar-ketar bibir menahan sebak yang mahu melonjak keluar.
“Am cuma mahu masa bersama ummi. Tak ada niat langsung untuk membuka cerita kita. Am tahu, Am isteri. Am pernah cakap dengan abang, Am mencari syurga. Am akan buat yang terbaik untuk mencari syurga, dengan atau tanpa abang, abang yang tentukan.”
Keluar juga airmatanya. Bukan tidak cuba dia menahannya, tapi dia tidak mampu. Mudahnya menuduh, mudahnya Khalid menjatuh hukum. Amni mengesat pipi.
“Ampunkan Am,abang. Selamat malam.”
Khalid tiada kata. Hilang semua perkataan yang tadi dia susun dalam benak fikiran. Tangannya dihulur, mahu menyentuh bahu itu, namun tertahan di udara. Dia menarik selimut, memejamkan mata serapat mungkin.

Terpinga-pinga dia dalam kalut. Bunyi petir sabung-menyabung serta cahaya kilat yang memancar buat dia terbangun. Patutlah, betul mahu hujan. Lebat juga. Amni menarik selimut. Eh, mana selimut. Dia bangun, mencari-cari comforter yang dikongsinya bersama Khalid.
Khalid.
Tergamam seketika dia melihat Khalid yang meronta-meronta disebelahnya. Dengan cahaya night lamp, wajah Khalid yang berkerut dan seakan terseksa  buat dia mahu menangis. Peluh membasahi dahi dan pipi. Khalid masih meronta, bagai sakit yang amat sangat. Dia lantas mengalihkan bantal golek, memeluk Khalid yang kian kuat meronta.
“Abang, mengucap. Mengucap bang...”
Dia memeluk Khalid dengan kuat. Doa yang dipelajarinya dengan Husna dibacanya dengan pantas dan berkali-kali. Pesan Husna, baca ayat 64, surah Yunus. Menggigil tangannya memeluk batang tubuh sasa yang tidak keruan itu. Ya Allah, kenapa dengan Khalid. Dia memeluk lagi, kali ini dibacanya ayat itu sebaik mungkin, berulang-ulang kali.
Nurul Ain. Nurul Ain ada dihujung jalan. Berteleku dalam limpahan hujan. Nurul Ain yang kaku, yang sudah bisu. Dia cuba menggapai, namum tak mampu.
Nurul Ain!
Nurul Ain!

“Am, bangun...dah subuh.”
Lena. Amni masih lena. Sewaktu dia terkejut tadi, Amni masih erat memeluknya. Maksudnya, dia bermimpi lagi. Khalid duduk dibirai katil.
“Am...bangun. Bangun mandi, sembahyang.”
Kali ini sepasang mata itu terbuka luas memandangnya. Khalid bangun, memberi ruang pada isterinya yang sedikit terkejut.
“Dah enam empat puluh lima, abang nak balik rumah. Hari ni ada meeting awal pagi.”
Amni mengangguk. Terperanjat dia melihat Khalid yang hanya berkain pelikat dihadapannya. Kus semangat. “Abang tak nak sarapan dulu ke?”soalnya perlahan. Matanya tunduk memandang selimut.
“Dah. Baru sudah. Ummi dah buatkan mee goreng. Pergilah bangun, mandi.”
Dia mengangguk, pantas turun dari katil.

Terkekeh-kekeh Husna ketawa. “Padan muka kau. Marah, lepas tu peluk dia pula, apa kes...”
“Dah nak buat macam mana, tak kan aku nak biar menggelupar atas katil. Kesian aku tengok dia,Na. Meronta-ronta, macam betul dia alami mimpi, maksud aku dia ada dalam mimpi tu. Berpeluh-peluh dia.” Masih lagi terbayang diwajahnya, Khalid yang berkerut umpama menahan sakit yang amat sangat. Dia lihat mulut Khalid bergerak bgaikan berkata sesuatu, namun bunyi hujan menghalang dia mendengarnya.
“Kau baca tak ayat yang aku suruh kau hafal tu?”
“Baca, alhamdulilah...tak lama lepas tu dia elok balik.”
Husna menongkat dagu, menyedut sirap bandung perlahan-lahan. “Rasa akulah kan, suami kau ni mesti ada trauma zaman kecil. Kena dera ke, kena culik ke...”tekanya serius.
Nasib baik dia sempat menutup mulut, mahunya tidak, tersembur teh ‘o’ halia yang baru diteguknya. “Weh, kau ni kan, aku rasa dah banyak sangat tengok citer Criminal Minds tu kan? Dah jadi Reid pulak.”
“Reid tu FBI nerd yang hensem apa. Kalau dia nak kat aku, akan kubimbing dia menjadi muslim sejati.”
Bengong punya Husna. Amni tergelak-gelak kecil. Bunyi kecoh dari luar kantin buat mereka saling berpandangan. Husna pantas bangun, meluru keluar.
Amni menyambar tas tangan, mengekori langkah Husna yang kian laju.
“Ustazah, ada orang kena histeria!!!”
Dilihatnya Husna sudah mendaki tangga blok B. Amni juga membuka langkah bersama beberapa guru yng lain.
Penatnya mendaki anak tangga buat dia termengah-mengah. Beberapa pelajar perempuan sedang berpelukan sesama sendiri dihujung koridor berdekatan 4 Zaaba. Husna dilihatnya bersama Ustazah Siti Nor ada dikalangan pelajar perempuan yang lain.
“Okay, saya nak yang lain bersurai. Tolong, pengawas, tolong minta yang lain pergi ke dewan. Tolong sayang...”pujuknya dengan debar yang kian bersarang. Mujurlah ramai yang yang mahu mendengar arahan. Rudy dan beberapa pengawas yang lain menjalankan tugas yang baik.
“Zarra, Zarra...”
Pelajar perempuan yang masih ketawa itu membulatkan matanya, memandang Husna yang memanggilnya. Dia cuba memanjat kerusi, namun sempat ditarik kerusi itu ke dalam kelas. Zarra menjerit, menangis sekuat hati.
“Am, kita tarik dia sama-sama. Kak Siti duduk diam-diam. Kak Siti pregnant kan, jangan cari nahas...”
Siti Nor tersenyum dalam kebimbangan.
“Zarra, tengok muka usatazah...Zarra, tengok sini!!!”
Gadis sunti itu menjerit lagi, menghambur airmata sebanyak mungkin. Tudung putihnya sudah tercabut. Kusut masai rambutnya tidak dihiraukan.
“Rudy, pergi ke surau, ambil tuala yang tersangkut kat situ, cepat!!!” arah Husna. Berdesup Rudy berlari, menuju ke surau bersebelahan kantin dibawah sana.
“Zarra, Zarra kenapa sayang? Cuba bertenang, ingat Allah. Ingat mak dengan nenek. Kenapa dengan Zarra ni? Mari, ceritakan pada ustazah...”pujuk Husna lembut. Airmatanya berlinangan. Dia kenal Zarra. Ibunya, Puan Aini bekerja di bengkel batik keluarganya.
Zarra menggigit bibir, kemudian duduk ketawa seorang diri, kuat dan panjang tawanya. Husna menjeling, memandang tuala yang berada di tangan Amni. Dia memberi isyarat, minta tuala itu diberikan padanya.
Zarra masih lagi ketawa dengan linangan airmata, wajahnya rusuh. Rambut paras bahunya itu tidak terurus. Tersentak dia tatkala tuala biru itu membaluti seluruh tubuhnya. Mulanya dia meronta, namun dia sudah kehabisan tenaga.
“Am, tolong aku.”
Amni segera memeluk Zarra, mengucap ditelinga pelajar itu.
“Bawak masuk bilik kaunseling,”arah Ustaz Ayub yang dari tadi memerhati.

Tersandar mereka keletihan di lantai surau. Husna menjeling sekeliling. Dia membuka tudung, lalu tergolek bagai batang kayu.
“Na, memang terrer ah kau tadi...mana dapat idea nak bungkus si Zarra tu?”
“Ha, tulah...kutuk sangat Reid aku. Aku tengok citer bukan pakai tengok je tau, aku aplikasikan segalla ilmu dalam tu, kau jangan tak tau. Kau nengok Korea, pastu berangan dengan hero. Ilmu bercinta tak ambik, ilmu berangan je tahu...cehhh...”
Nah, sekali kena khutbah dengan si Husna. Dia turut tergolek, melepaskan lelah yang tak seberapa. “Kau ada kelas tak ni?”
“Ada, setengah jam lagi. Kau?”
“Sekarang.”
“Dah, jangan nak mengada, pergi masuk, mengajar. Amanah babe, amanah.”
Amni tergelak kecil. Dia bangun, membetulkan tudung. Dilihatnya Husna juga bangun. “Kau nak gi mana?”
“Jumpa Zarra. Dia budak baik, keluarga baik-baik. Aku nak tahu, apa yang mengganggu dia.”
“Bukan dia kerasukan ke?”
“Kau ni kan, namanya je teacher, kolot ala-ala makcik zaman kuno. Bukan, aku rasa dia ada sesuatu yang bukan berkaitan dengan alam satu lagi tu. Nanti aku siasat.”
Amni termenung sendiri. Mungkin ada benarnya tekaan Husna. Dia memandang jam, dia sudah lewat.

“Well hello...”
Khalida mengangkat muka. Hmmmm...sudah datang si malaun hensem. Dia mengjungkit senyum.
“Buat apa kat sini?”soal Imran sambil menarik kerusi di sebelah Khalida.
“Rompak bank.” Dia menyedut sirap laici nan sejuk itu. Fuh, sedapnya. Lagi sedap kalau mamat kat depan dia tiada. Bau nasi ayam yang harum membuka seleranya.
“Banyak ke dapat, kasi kita sikit.” Dia memanggung dagu, merenung Khalida yang mula menyuap makan. Cantiknya ciptaan Tuhan.
“Nak ke, mai sini nak suapkan.” Dia mengangkat sudu, mengacah pada imran yang tersenyum-senyum.
Eh, orang offer jangan tolak. Dia mengangakan mulut.
Mahu saja dia ketuk kepala tongong si Imran. Hantu raya betul. Dahlah banyak mata yang memandang, si tongong ni pula buat muka kucing tak malu. Haishhhh...
“La, tadi nak suap, beria-ia Im nganga.” Dia buat muka merajuk. Hai, seronoknya hati...
Khalida menyepak kaki. Mengaduh panjang Imran dihadapannya. Padan muka. Main-main. Dia meneruskan suap. Nasi ayam di gerai Pantai Batu Buruk ni memang sedap. Dia menyuap lagi, hanya menjeling Imran yang tersengih dihadapannya.
“Nak makan order, nanti Kay bayarkan.”
Imran menggeleng. “Dah kenyang tengok muka Kay. Adik, nasi ayam special satu, sirap limau ais.”
Khalida tergelak. Cehhh, kenyang tengok muka dia konon. Pelempang dua papan baru tahu.
“Kay dari mana?”
“Dari ofis. Banyak kerja tengahari tadi, petang baru sempat keluar. Im tak mengajar ke hari ni, ke mengular?”
Imran menyedut air yang baru sampai. “Tak baik wooo tuduh abang cam tu. Ada taklimat di JPNT tadi. Ni nak balik, tapi teringat nak makan kat sini. Ada jodoh dengan Kay nampaknya.”
Tercekik dia sekejap. Serius, tak tahu malu langsung mamat seorang ni. Khalida tersenyum sendiri. Jantan, mulut memang manis, dah dapat nanti, tahulah layanan macam mana. Sebelum dapat, dilambung-lambung hingga langit ke tujuh.
“Kay, arwah  isteri Khalid dulu nama apa?”
Khalida terpaku. Dia memandang imran yang mula meyuap makanan. “Mana tahu?”
“La, Khalid yang bagitau, tak kan pakcik jual apam balik pulak.”
Hmm...okay. Malas dia nak bercerita sebenarnya. “Nurul Ain.”
“Ohhh...meninggal... kenapa?”
“Accident. Mati katak.”
Amboi, kasarnya sebab. Khalida berguraukah? “Accident?”
“Iya. Lori langgar katak, katak pun mati.”
Hah...ternganga dia. Apa punya perumpaan ni...
Khalida mahu tergelak. Tanyalah lagi, tanya.
Imran kembali menyambung sambung. “Okay, Im tak tanya dah. Makan, makan sampai kenyang. Nanti Im bayar satu kedai.”

Semua sudah lengkap. Dia menghenyak kerusi, melempar kot kelabu itu ke sofa. Minggu depan pengurus besar hotel ini, Mr Johan Alain akan tiba. Khabarnya, anak kedua Mr. Lehmann masih muda, mungkin lebih kurang umurnya. Khalid mengeluh lega. Dia betul-betul lega. Terlalu banyak tanggungjawab yang diletak pada bahunya, dengan kehadiran Johan, mungkin beban kerjanya akan sedikit diangkat. Bunyi ketukan pada pintu buat dia bangun.
“Kau tidur ke,Lid?”
“Mana ada tidur, kau yang tidur masa pembentangan tadi kan.”
Yusri tergelak-gelak. “Ni, cenderahati. Beritahu Amni dan Husna, aku cakap terima kasih banyak-banyak. Tanpa pertolongan mereka, kena pecat gamaknya aku. Kau jangan jealous, aku tak tau nak beli apa, isteri aku yang order, pilih.”
Dua kotak empat segi berbungkus cantik itu diletaknya diatas meja kaca.
“Apa maksud kau, tolong apa?”
Yusri melabuh punggung, membuka butang kemeja. “Laa...Amni tak cakap ke? Cenderahati batik sutera tu dia yang tolong. Kita buat tempahan tu dengan syarikat Husna, kawan baik wife kaulah.”
Khalid termenung seketika. Huh...
“Kau memang tak tahu ke,Lid?” Serba salah dia. Dilihatnya Khalid menggeleng beberapa kali.
“Ahh...dia tak ingat tu. Tapi, tell her millions of thanks. Ni bukan takat terhutang budi, terhutang body dah ni.”
Dia tergelak. “Yalah, nanti aku beritahu. Baby sihat?”
“Alhamdulillah. Dah pandai kenyit mata, memang anak bapak. Kau bila lagi?”
Diam. Anak? Baby? Huhhh...tak mahu. Dia tak mahukan anak. Apa yang terjadi dahulu banyak menghukumnya. Tapi mama mahukan cucu, ummi juga semestinya. Dia menggaru kepala. Cucu apa kalau isteri pun belum disentuh. Kepala digarunya lagi.
“Hai, susah benor ke soalan aku,Lid? Dah, aku nak turun bawah, settlekan bahagian aku. Tak sampai dua minggu lagi, berdebar aku,Lid.”
“Jangan risau, semua orang dah buat sehabis baik. Iqa mana?”
“Ada, nak jumpa dia ke? Aku panggilkan.”
Yusri melangkah keluar.
Dia merenung kotak yang berbalut cantik itu. Kenapa Amni tak beritahu dia apa-apa? Khalid mengangkat kotak itu. Meniliknya seketika.
“For me?”
Khalid tersenyum, meletakkan kembali kotak itu dengan berhati-hati. Syafiqa duduk berhadapanya, menguntum senyum manis. Bau perfume menusuk deria.
“No, for my wife.”
“Ohhh...lucky her.” Syafiqa menilik kotak itu.
“One for her, one for her friend. Yusri yang berikan.”
Ahhh...bukan dari Khalidlah. Hey, good news. Dia membetulkan rambut, memberi senyuman paling manis. “Ada apa mahu jumpa I, rindu?”soalnya bersahaja. I rindu pada you. Every seconds, every hours.
“Yalah, sebab rindu I nak jumpa you. Macam mana, semua settle, ada masalah yang boleh kita bincangkan bersama?”
Syafiqa menggeleng manja. “Of course tak ada. You know how I do my work, kan, semua mesti perfect.” Macam you, you are perfect to me. We are so perfect to each other, Khalid.
“Okat, that’s good to hear. Petang nanti, at three, kumpulkan semua staff. Kita perlu bagi step by step instructions.
“What ever yous said, handsome.”
Khalid tergelak kecil. Syafiqa suka benar mengusiknya. “Okay princess, I nak pergi makan dulu.”
Well,well,well...princess ya. Okay, I’m gonna be your princess. “ Makan untuk I sekali tau.”
Mereka sama-sama bangun.
“See you at three.”
Syafiqa mengjungkit senyum. Semestinya dia akan ada disana.

“What happen to you?”
“Why?”
“Muka kau glowing, macam dapat bonus setahun gaji,” usik Kamila.
“Khalid.”
Kamila mengerutkan kening. “Kenapa dengan Khalid?’
“Dia panggil aku princess. Wow, what a day.”
Kamila ketawa. “ Apa yang kau nak hairan, dia kan selalu bergurau. Kau memanglah princess kat sini. Aku rasa dia bergurau je kot.”
Langkahnya terhenti. “Are you joking? Mana ada orang bergurau dengan I. He’s not kidding, okay. Dahlah, malas aku bercakap dengan kau, wasting my time.”
Kamila menggeleng kepala tatkala melihat Syafiqa melangkah laju. Sungguh, ini sudah pelik.

Sunyi. Penthouse itu sunyi. Amni melangkah masuk. Kalau tidk silap, Honda CRV Khalid sudah ada diparkir kereta.
“Assalamualaikum.”
Diam.
Kakinya melangkah. Dia mengangkat tas tangan, menuju ke bilik. Sewaktu melintasi ruang, baru dia tersedar, pintu balkoni terbuka luas. Segera dia menjenguk ke ruang depan.
Khalid, lena di sofa tanpa baju. Meniarap di sofa sambil memeluk bantal kecil. Tertelan dia air liur. Kalau dia sentuh belakang Khalid, agak-agaknya dia marah tak? Amni tersenyum sendiri. Dia sekadar untuk dilihat, Amni. Buang jauh-jauh perasaan yang tiba-tiba merangkak datang. Baik dia mandi, solat asar. Nanti dia masak. Tanggungjawab sebagai isteri, tetap tanggungjawab. Biarlah Khalid lena, dibuai mimpi tersendiri. Mungkin bermimpi tentang si isteri satu lagi. Kali ini dia tersenyum. Tawar dan hambar. Bila dia boleh berjumpa, memohon maaf pada madunya. Keluhan kecil keluar. Mungkin bila dia sudah bersedia, mungkin juga tak kan berjumpa.

Dah berapa lama dia tidur? Fuhh...lenguh-lenguh badannya. Bau dari ruang dapur buat dia bangun. Khalid menggeliat, bagai kucing membetulkan urat. Berkibar-kibar langsir dibelai sang angin. Dia menarik nafas. Sedapnya. Apa pula yang dimasak Amni? Dipandangnya jam pada dinding. Dah hampir jam enam.
“Abang nak minum?”
Dia menoleh. Rambut Amni yang hitam berkilat itu diikat kemas. Hanya mengenakan t-shirt putih dan berseluar panjang, Amni sudah cukup cantik dimatanya.
“Abang nak mandi, solat dulu. Nanti bancuhkan abang kopi,boleh?”
“Boleh. Am buat pengat pisang sikit, nanti Am hidangkan.”
Khalid mengangguk, berlalu dengan lirikan mata. Entah, kalau boleh dia mahu Amni jauh darinya. Namun peliknya, setiap kali dia cuba menjauh, Amni kian dekat. Tidak, bukan dia bencikan Amni, langsung tidak. Setiap kali dia memndang wajah mulus itu, hatinya kian terjerat dengan rsa bersalah, rasa benci, rasa kasihan. Bagaimana sepatutnya dia melayan Amni? Perlukah dia melepaskan saja, membiarkan Amni mencari bahagia sendiri? Bagaimana dengan keluarga mereka? Aduh...pening. Dia pening.
“Sebelum abang lupa, Yusri ada kirimkan sesuatu untuk Am dan kawan Am. Abang letak dalam bilik Am tadi.”
Ohh...jadi sememangnya ada sesuatu dalam beg kertas cantik di atas meja sisinya. Ada dia melihat, namun fikirnya mungkin Khalid tersilap letak.
“Untuk Am?”
Khalid mengangguk. “Kenapa tak cakap apa-apa, pasal tolong Yusri?”
“Perkara kecil saja. Am tolong pun kebetulan. Husna dan syarikat ayah dia yang berikan persetujuan.”
“Say my thanks to Husna and her family. Pertolongan yang cukup besar, sangat besar sebenarnya. Am masak apa?”
“Daging black pepper dengan sayur campur. Boleh?”
Khalid mengangguk. Lebih dari boleh. Dia makan apa saja, kecuali ikan haruan dan dan ikan keli. Itu memang langsung dia tak sentuh. Yang lain, dia hadap je.

Mereka makan dalam diam. Tiada perkataan yang disusun keluar. Amni serba salah. Mahu saja dia menalan nasi cepat-cepat. Khalid hanya membisu, sesekali berdehem dan melempar pandangan ke  luar.
“Abang nak buah? Ada honeydew.”
Angguk.
Dia bangun, membasuh tangan terlebih dahulu. Khalid juga bangun, membasuh tangan dan keluar ke balkoni. Merokok mungkin. Selesai memotong tembikai susu itu, dia membawanya keluar ke balkoni.
“Abang, buahnya. Am masuk dulu, nak kemaskan pinggan.”
“Kejap, dah buka hadiah Yusri?”
“Dah, ni...Am dah pakai.” Dia menunjukkan gelang Pandora yang dipakainya pada pergelangan tangan kanan. Ringkas tapi comel.
Pandai juga isteri Yusri memilih. “Suka?”
“Pemberian percuma, tentu suka. Lagipun this is my first time somebody give me this cute little thing. Comel.”
Perempuan, mudah saja mahu dipujuk. Berikan sesuatu, terus tunduk. Khalid menyedut nikotin ke paru-paru.
“Nanti esok, Am buat kek karamel pelangi. Nanti abang berikan pada Yus ya.”
Khalid hanya diam. Perempuan oh perempuan.

Gambar Khalid pada screen telefonnya dipandang lama-lama. Syafiqa tersenyum sendiri. Gambar itu diambilnya sewaktu kali pertama Khalid ditugaskan ke Kuala Terengganu. Waktu itu dia betul-betul terpukau. Bukan tiada lelaki kacak yang pernah hadir dalam hidupnya, namun Khalid nyata berbeza. Misterius dan perahsia. Senyum bila perlu, bercakap bila penting. Dia teringat waktu dia mengambil curi gambar itu, Khalid sedang memandang langit, tersenyum sendiri. Tatkala itu, hatinya bagai terbang pada Khalid, melekap pada lelaki itu. Syafiqa mencium gambar itu perlahan. I thought he will be mine, but that bitch stole him from me. Dia mendengus perlahan. Kemudian kembali tersenyum. Kata Khalid, rumahtangganya dibina atas desakan orang tua, maksudnya Khalid tidak rela. Kalau Khalid tidak rela, pastinya tidak cinta, bukan? Syafiqa ketawa sendiri. Lantas dia bangun, berdiri dihadapan cermin. Well, I’m prettier. Ditiliknya rambutnya yang panjang melepasi bahu. Kulitnya mulus, tiada cela. Kata Kamila, dia umpama artis, selebriti yang serba sempurna. Syafiqa tergelak lagi.

Bunyi pintu biliknya diketuk buat dia pantas bangun. Seronok membaca novel buat dia terleka. Sesudah solat isyak, terus dia berkurung di dalam bilik. Cepat-cepat dia membuka pintu.
“Dah iron baju abang?”
Ohhh...lupa. Selalunya dia seterikakan pakaian kerja Khalid untuk seminggu. “Sorry, Am lupa. Nanti siap, Am gantung kat bilik abang.”
“Okay. Buat apa?”
Err...dia menggaru kepala, menjeling novel yang tergolek diatas katil. “Baca novel.”
Khalid tersenyum sinis. Perempuan, selalu hidup dalam angan-angan. “Am pilih macam biasa baju-baju abang. Sorry ganggu.” Khalid menutup pintu.
Huh...ayat lima enam kerat. Nasib baik hati belajar kental. Diletaknya novel Bukan Cinta Secondhand itu baik-baik di atas meja sisi. Pintu kabinet ditolaknya. Beberapa helai kemeja dan tali leher dikeluarkan. Sut lengkap milik Khalid memang hebat. Setiap kali Khalid menyarung sut lengkap, dia terpana. Terpana kerana betapa berbezanya dunia mereka berdua. Amni tersenyum sendiri. Diaturnya tiga pasang suit lengkap itu berhati-hati. Kelabu, blueblack dan hitam. Biarlah, dapat menyentuh pakaian Khalid sudah cukup buat masa ini. Dapat menunaikan tanggungjawab dan tugasan terbaiknya untuk Khalid sudah memadai. Diciumnya kemeja itu lama. Ya Allah, bukakah pintu hatinya untukku?

Daun pintu bilik itu ditolaknya perlahan. iMac milik Khalid masih terbuka. Khalid sudah lelap dimeja. Dia mengatur tiga pasang sut yang lengkap digosoknya beserta tali leher. Stokin serta kasut Khalid juga disusunnya disebelah kabinet. Dipandangnya sang suami yang lena. Entah kenapa, hatinya berbunga, hatinya menangis. Diambilnya tuala dari dalam kabinet, lalu diselimutnya tubuh Khalid. Selamat malam, abang. Moga mimpi indah menjemputmu datang.

Mahu terjojol mata Yusri. Kenapa dengan Syafiqa, lain benar rupanya hari ini. Skirt kelabu atas lutut dan blouse lavender itu buat dia tampak berbeza. Seksi dan menggoda. Warna rambut juga sudah lain. Warna koko gelap. Amboi, sudah gaya macam artis, lagi cantik dari artis. Masalahnya, seksi. Huh...ya dia suami orang, bukan mahu tengok sangat.  Namun namanya lelaki, sudah ada depan mata, pandang sajalah. Dia mengurut dada, menghirup kopi berhati-hati.
“ Morning baldie.”
“ Morning artis.”
Syafiqa tergelak. Kan, sudah dia katakan, wanita kena tahu berevolusi. Dia menyelak rambut, duduk berhadapan Yusry yang tersenyum-senyum.
“Cantik semacam, nak pergi mana-mana ke?”
Dia mengjungkit kening. “Datang pejabatlah, tak kan nak pergi party kot.” Dia tersenyum lagi. Dia bangun, mengemaskan meja. Kelibat Khalid yang bergerak masuk ke ruang pejabat bikin hatinya gentar.
“Morning ,Khalid.”
Langkah itu terhenti, menoleh pada syafiqa ang menguntum senyum. “Morning Iqa. You look beautiful, nak pergi dating ke?” soalnya bergurau.
“Really? I biasa-biasa sajalah. Saja, dah puas gaya lama, up stail baru sikit. Lagipun nanti hotel ni nak buat grand opening, kena look at my best la,kan.”
“Cantik, kena dengan gaya you.”
Senyumnya kian meleret. Kan, Khalid pandang juga dia. Dia tahu, dia bukan gadis sebarangan. Dia ada taste, excellent taste. Syafiqa kembali duduk. Matanya menyorot langkah Khalid. Oh, be mine.

Penatnya. Kelasnya dari awal pagi hingga ke waktu rehat. Sudahlah hari ini dia puasa sunat. Hari ini sudah hari Khamis. Esok cuti. Aduh...seronoknya. dia mahu minta izin Khalid, mahu ke rumah mak tuk. Mahu makan ikan talapia pekasam, mahu celur pucuk ubi dan cicah budu. Sedapnya.
“Assalamualaikum.”
Toleh ke kiri. Aqil tegak berdiri sambil tersenyum.
“Waalaikumussalam. Nak masuk kelas ke?”
“Baru habis. Lepas rehat nanti ada satu lagi. Am okay?” soalnya perlahan.
Sekali lagi dia menoleh. Wajah Aqil dipandangnya lama. “Eh, kenapa tanya macam tu. Am okay. Penat kot.” Kenapa, dia nampak lainkah?
“Kalau okay tak apalah. Nampak seminggu dua ni macam kelam saja wajah. Ke alahan bakal ibu?” usiknya dalam seksa. Dia isteri orang. Ingat tu, Aqil.
Senyumnya terpaksa. Bakal ibu? Airmatanya tiba-tiba menghambur keluar. Ya Allah, kenapalah dia menangis? Ya Allah, ya Allah...
Kaget Aqil melihat Amni tiba-tiba bangun, meluru keluar ke tandas guru dihujung koridor. Aqil senyum pahit. Betullah tu, bakal ibu. Dia menarik nafas. Barang yang lepas jangan dikenang Aqil. Jangan diingat. Langkahnya longlai.